Kontrak perkhidmatan Haziq ditamatkan - Utusan Malaysia

Kontrak perkhidmatan Haziq ditamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Jun – Kontrak perkhidmatan Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang dikaitkan dengan video intim bersama individu didakwa kelihatan menyerupai seorang menteri Kabinet, telah ditamatkan berkuat kuasa pada 18 Jun lalu.

Kementerian Industri Utama dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam sebarang soal perilaku yang menjejaskan reputasi serta imej kementeriannya.

Justeru, jelas kenyataan itu, dengan penamatan kontrak perkhidmatan itu, kementerian tidak lagi mempunyai sebarang kaitan dengan Haziq Abdullah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Satu pengakuan yang tidak beretika dalam media sosial telah dibuat menerusi klip video oleh Haziq Abdullah pada 12 Jun lalu.

“Kementerian memandang perkara itu sebagai pelanggaran nilai, etika dan Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa termasuk Perintah Am serta Perjanjian Kontrak.

“Surat tunjuk sebab telah diberikan dengan serta-merta dan Haziq Abdullah telah menjawab. Sehubungan itu, Kementerian telah mengambil langkah menamatkan kontrak perkhidmatan beliau berkuat kuasa pada 18 Jun lalu,” jelas kenyataan itu, hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini