Khemah bertingkat di Mina buat jemaah di Mina - Utusan Malaysia

Khemah bertingkat di Mina buat jemaah di Mina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 26 Jun – Arab Saudi buat pertama kali dalam sejarah negara ini akan membina khemah bertingkat ketika musim haji tahun ini bagi menyediakan lebih banyak ruang kepada para jemaah.

Lapor Saudi Gazette, Pengerusi Tuwafa bagi jemaah dari negara-negara Arab, Abbas Qattan berkata, langkah tersebut dapat menyelesaikan isu kawasan sempit di Mina dengan meningkatkan kapasiti penginapan khemah.

“Ia merupakan usaha Arab Saudi untuk menaik taraf perkhidmatan buat jemaah haji.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, ia juga dalam usaha kerajaan mencapai matlamat serta objektif Visi 2030 yang bertujuan meningatkan kapasiti penginapan untuk tetamu Allah,” katanya, semalam.

Abbas berkata, projek itu akan menggunakan ketinggian menegak Mina dengan tingkat bawah akan digunakan bagi pekerja dan menyimpan bekalan makanan manakala tingkat atas akan digunakan untuk penginapan jemaah.

“Eksperimen ini akan menyediakan tempat penginapan tambahan bagi lapan jemaah dalam satu khemah.

“Khemah itu juga kalis api dan mudah untuk disimpan dan dipasang semula,” jelasnya.

Abbas berkata, projek itu dikaji Pihak Berkuasa bagi Pembangunan Mekah dan disokong Kementerian Haji dan Umrah serta Pertahanan Awam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini