JOHOR BAHRU – Kesedaran peniaga dalam mempamer tanda harga mengikut peraturan ditetapkan masih lemah walaupun bulan Ramadan sudah menghampiri penghujungnya. Tinjauan di Pasar Awam Larkin Sentral mendapati masih terdapat segelintir peniaga yang gagal mempamer tanda harga. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. S. Ramakrishnan berkata, aspek tersebut perlu diberi perhatian oleh peniaga. “Tanda harga penting bagi melindungi pembeli dimana harga yang dijual adalah jelas…