PUTRAJAYA – Umat Islam yang berjaya menjalani ujian puasa Ramadan dan kembali kepada fitrah di Aidilfitri sewajarnya menolak serta menjauhi rasuah, kleptokrasi, kronisme dan lain-lain penyelewengan hak dalam segala urusan hidup. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam perutusan Hari Raya Aidilfitrinya berkata, golongan itu ialah insan insan bertaqwa yang sentiasa memastikan setiap rezeki yang disuap ke mulut sendiri dan ahli keluarga mereka adalah rezeki yang…










