Kedah mampu pertahan kejuaraan - Utusan Malaysia

Kedah mampu pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kedah, Melaka, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Selangor bakal meneruskan kemaraan bagi merebut kejuaraan Piala Tun Sharifah Rodziah 2019.

Juara bertahan, Kedah yang menerajui takhta liga akan bertemu Selangor manakala Melaka pula bertembung dengan PDRM dalam aksi separuh akhir pada 6 Julai ini.

Kedua-dua aksi separuh akhir itu akan berlangsung di Stadium MMU, Cyberjaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi hari ini, Kedah mudah menundukkan ATM 3-0 manakala PDRM melakar kemenangan 2-0 ke atas Perak.

Bekas finalis musim lalu, Melaka juga tidak berdepan masalah membenam Kelantan 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

Kejohanan yang disertai tujuh pasukan itu berkonsepkan liga dan empat pasukan teratas layak secara automatik ke pentas separuh akhir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini