KUALA LUMPUR – Keadaan padang Stadium Nasional, Bukit Jalil dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, semalam, benar-benar merimaskan ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, malah, rakan sejawatan dari Nepal, Johan Kalin turut sependapat dengan beliau. Banyak umpanan ke hadapan kotak penalti terjejas dan melengahkan rentak Harimau Malaya dalam permainan terbuka sehingga terpaksa berpuas hati dengan dua gol hasil sepakan bola mati Safawi Rasid dan Shahrul Saad. Safawi menyudahkan sepakan penalti pada minit…










