LONDON – Bekas penjaga gol ‘sensasi’ Liverpool, Loris Karius mengirimkan ucapan tahniah kepada skuad Reds selepas mereka memenangi Liga Juara-Juara buat kali keenam apabila menumbangkan Tottenham Hotspur 2-0 di pentas akhir hari ini. Karius menjadi bahan kritikan hebat selepas memberikan dua gol mudah kepada Real Madrid dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu, sekali gus membawanya berpindah secara pinjaman ke Besiktas selepas peristiwa hitam itu. Jurgen Klopp akhirnya membuat keputusan…










