JPJ Selangor terima 25 aduan kenderaan klon - Utusan Malaysia

JPJ Selangor terima 25 aduan kenderaan klon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengesan kemunculan semula sindiket klon kenderaan mewah di negeri sejak awal tahun ini.

Pengarahnya, Nazli Md. Taib berkata, ini berikutan sebanyak 25 aduan diterima pihaknya sehingga bulan ini daripada pemilik asal apabila kenderaan mereka mempunyai saman Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).

Katanya, kenderaan yang diklon adalah termasuk Toyota Vellfire dan BMW berbanding sebelum ini Honda Odyssey.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ada aduan mendapati saman diterima di Selangor walaupun pemilik sebenar kenderaan dalam tempoh disaman berada di Terengganu.

“Kebanyakkan kenderaan klon ini menggunakan nombor pendaftaran yang sama walaupun warna dan aksesorinya keretanya berbeza,” katanya ketika ditemui pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri JPJ Selangor di sini hari ini.

Beliau menambah, kebanyakan mangsa berusia 30 tahun hingga 50 tahun dengan harga sebuah Toyota Vellfire klon berharga lebih RM100,000.

Ujar beliau, pihaknya mempercayai kenderaan ini yang dibawa masuk dari Singapura dengan pembelian dilakukan menerusi orang tengah atau dalam talian.

“Berdasarkan rekod sebanyak 39 kes direkodkan melibatkan kenderaan klon bagi tempoh tiga tahun bermula 2017 dengan empat kes bagi tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Nazli menjelaskan sebanyak 578 saman dikeluarkan pihaknya dalam Ops Hari Raya Aidilfitri bermula 29 Mei hingga 13 Jun lalu.

“Saman tertinggi direkodkan bagi tiada lesen memandu atau tamat tempoh sebanyak 376 dengan 26 buah motosikal disita.

“Selain itu, ketika ini sebanyak 260 buah kenderaan telah dilucutkan haknya ,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×