Jepun bukan halangan mudah - Utusan Malaysia

Jepun bukan halangan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTO ALEGRE – Pertahanan kiri Uruguay, Diego Laxalt meminta rakan sepasukannya untuk tidak memandang rendah cabaran Jepun walaupun mereka berjaya menampilkan aksi cemerlang pada aksi pembukaan Copa America.

Uruguay beraksi cemerlang dengan membenam Ecuador 4-0 pada aksi pertama.

Status Jepun sebagai pasukan jemputan tidak diambil mudah apabila Chile mengatasi mereka 4-0 di Stadium Cicero Pompeu de Toledo, Selasa lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak pasti. Kami hanya menyaksikan beberapa perlawanan Jepun. Mereka tewas kepada Chile dengan keputusan yang besar.

“Tetapi saya melihat mereka beraksi dengan intensiti yang tinggi, pantas dan memiliki barisan pemain yang berkualiti. Saya tidak melihat perlawanan yang mudah ketika berdepan mereka.

“Kami telah berdepan Jepun beberapa bulan yang lalu dan ia agak sukar,” kata Laxalt.

Aksi persahabatan Oktober tahun lalu di Saitama berakhir dengan keputusan 4-3 memihak kepada Jepun, dengan Matias Vecino dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Dengan ketiadaan Vecino kali ini ekoran kecederaan, pemain Arsenal, Lucas Torreira, dilihat sebagai pilihan terbaik untuk meneruskan misi untuk merangkul gelaran Copa America tahun ini.

“Walaupun sebelum kami mula beraksi dalam saingan Copa America tahun ini, terdapat beberapa pihak yang berpandangan Uruguay sebagai pasukan pilihan.

“Kami bermain dengan cemerlang dalam perlawanan sebelum ini. Kami menjaringkan banyak gol tetapi ia tidak membuktikan apa-apa. Kami perlu fokus dan mencari kemenangan,” kata Laxalt.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini