KUALA LUMPUR – Menteri-menteri Kabinet hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam catatan di laman sosialnya menyeru umat Islam di negara ini untuk menyuburkan rasa kasih sayang sesama manusia bersempena 1 Syawal yang bakal disambut esok. Katanya, sikap rahmah atau kasih sayang sesama manusia adalah antara ciri penting keperibadian seorang Muslim. “Suburkanlah rasa…










