Istana Selangor hantar surat pada kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Istana Selangor hantar surat pada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 20 Jun – Istana Selangor telah menghantar surat kepada kerajaan negeri berhubung isu papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Tanjung Sepat dan mengarahkan agar titah Sultan Salahuddin Idris Shah dikuatkuasakan.

Perkara itu disahkan Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ketika dihubungi Utusan Malaysia dengan berkata, surat dihantar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya.

“SUK akan membincangkan perkara ini dengan Menteri Besar, Amirudin Shari dahulu kemudian akan membuat arahan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada Selasa lalu, Utusan Malaysia. membangkitkan persoalan apa sudah jadi dengan titah Sultan Selangor yang mahu hanya bahasa Melayu digunakan pada papan tanda jalan apabila ke semua jalan di Tanjung Sepat turut menggunakan bahasa Cina.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) selaku pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab dalam reaksinya memberitahu bahasa Cina turut digunakan selepas diarah bekas Exco, Ean Yong Hian, pada 2016.

Utusan Online.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini