Harapan ke kelayakan Olimpik kembali menyala? - Utusan Malaysia

Harapan ke kelayakan Olimpik kembali menyala?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pencapaian tempat ketiga pada Pusingan Akhir Siri FIH di Banbridge, Ireland Utara pada 16 Jun lalu, menyaksikan skuad hoki wanita negara mengumpul 325 mata untuk naik dua anak tangga pada kedudukan ke-20 dunia.

Dalam senarai ranking terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) hari ini, skuad negara bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, mengumpul keseluruhan 708 mata untuk kekal sebagai pasukan kelima terbaik Asia selepas India (10), China (11), Korea Selatan (12) dan Jepun di tangga ke-14.

Belanda kekal di ranking pertama dengan 2,578 mata diikuti Australia (2,070), Argentina (1,938), England (1,861), Jerman (1,793), New Zealand (1,683), Sepanyol (1,613), Ireland (1,480), Belgium (1,445) dan India di ranking ke-10 dengan 1,443 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia kali pertama dalam sejarah skuad Malaysian Tigress mencapai ranking setinggi itu, sekali gus menyalakan semula impian untuk menyambar tiket ke pusingan kelayakan akhir Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jumlah 708 mata keseluruhan membolehkan Malaysia kekal sebagai pasukan kelima terbaik Asia, dan cukup untuk memintas Republik Czech yang ditewaskan dalam penentuan tempat ketiga di Banbridge serta Belarus yang sebelum ini menghimpunkan mata lebih tinggi.

Bagaimanapun skuad Malaysian Tigress tidak boleh terlalu yakin dengan kedudukan berkenaan memandangkan pasukannya kini hanya dipisahkan lima mata dengan Czech yang berada di tangga ke-21.

Kejuaraan Eropah hanya akan berlangsung bulan depan, dan kedudukan Malaysia sama ada layak atau tidak untuk beraksi dalam pusingan akhir kelayakan Olimpik 2020 bergantung kepada keputusan yang dicatat Republik Czech pada pertandingan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini