PAPUA NEW GUINEA – Salah satu gunung berapi paling berbahaya di dunia, Gunung Berapi Ulawun memuntahkan lava hari ini, mengakibatkan penduduk tempatan melarikan diri. Menurut beberapa saksi, gunung berapi berkenaan memuntahkan abu setinggi 2,334 meter. “Langit berubah menjadi hitam,” kata pengurus ladang kepala sawit Mavo Estates yang terletak berhampiran gunung tersebut iaitu Kingsly Quou. Quou berkata penduduk kampung yang di tinggal di sekitar kawasan gunung itu telah dipindahkan. – AFP










