Geng basikal lajak dicekup - Utusan Malaysia

Geng basikal lajak dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Polis menahan 31 remaja yang masih bersekolah kerana menunggang basikal yang diubah suai secara berbahaya dalam ‘Op Basikal Lajak’ di Kampung Pohon Batu, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, mereka yang ditahan berumur antara 10 hingga 17 tahun.

“Dalam operasi dua jam yang dilakukan di Jalan Pohon Batu Pancur Hitam, bermula pukul 11 pagi hingga 12.20 tengah hari itu, pihak polis memeriksa kesemua basikal yang telah diubah suai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua pemilik basikal telah disaman dan kesemua mereka dibawa ke balai polis untuk disoal,” katanya di sini.

Muhamad Farid memberitahu, pihaknya telah memaklumkan kepada semua waris kepada remaja terbabit untuk hadir ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Kami telah memanggil ibu bapa remaja berkenaan dan menasihati mereka agar memantau kegiatan anak masing-masing kerana kegiatan itu boleh membahayakan keselamatan mereka serta pengguna jalan raya yang lain,” ujarnya.

Tambah Muhamad Farid, antara pengubahsuaian yang dilakukan remaja terbabit adalah termasuk bahagian pemegang yang boleh digerakkan dan membuang brek keselamatan.

Muhammad Farid menjelaskan lagi, kesemua remaja itu kemudian dibebaskan. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini