KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang dijangka mengalami gangguan bekalan air dan tekanan rendah bermula 9 malam ini berikutan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang terpaksa dihenti tugas. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan menjelaskan ini susulan pencemaran bau yang dikesan berlaku di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah bagi loji itu. “Pihak kami sedang berusaha mengatasi masalah…










