Gaduh: Enam lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Gaduh: Enam lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Polis menahan enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan yang tular dalam media sosial melibatkan sekumpulan lelaki membelasah penuntut sebuah institusi pengajian tinggi di pekarangan sebuah kedai makanan segera di sini malam semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, enam lelaki berusia antara 19 hingga 20 tahun yang merupakan penganggur itu ditahan petang semalam di hadapan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.

“Motif kejadian dipercayai berpunca selisih faham mengenai perempuan dan polis juga akan melakukan siasatan teliti aspek penglibatan gangsterisme.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis akan mengambil tindakan tegas dan siasatan akan dilengkapkan sebelum dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk cadangan tuduhan,” katanya di sini hari ini.

Aksi pergaduhan itu turut tular di media sosial Facebook (FB) dipercayai dirakam pelanggan restoran.

Video berdurasi 27 saat itu memaparkan aksi pergaduhan di antara dua kumpulan yang bertumbuk dan menendang di antara satu sama lain.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan laporan kejadian pada pukul 1 pagi itu, berlaku ketika mangsa bersama seorang rakannya menunggu untuk berjumpa seorang lelaki yang mendakwa bapa saudara bekas tunangnya di hadapan restoren makanan segera.

“Salah seorang yang datang bersama tiga buaj kereta bertanyakan nama mangsa dan lelaki tersebut terus menumbuk muka dan menendang pinggang mangsa.

“Kemudian seorang lelaki yang pengadu kenali dan yang lain-lain terus memukul pengadu dan seorang kawan pengadu sebelum orang ramai yang berada di situ meleraikan kejadian,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini