MANILA – Filipina menolak permintaan bagi siasatan bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap dakwaan pelanggaran hak asasi manusia oleh Manila, hari ini.
Tindakan tersebut berikutan digambarkan sebagai campur tangan dalam hal ehwal negara ASEAN.
Semalam, pakar hak asasi PBB meminta Majlis Hak Asasi Manusia PBB melihat ‘angka mengejutkan kematian tidak mengikut undang-undang dan pembunuhan oleh polis dalam konteks peperangan terhadap dadah termasuk pembela hak berkenaan.
Presiden Rodrigo Duterte telah menyaksikan tindakan ke atas narkotik yang mana polis telah membunuh lebih 5,300 suspek pengedar dadah dan pengguna sejak dipilih tiga tahun lalu.
Bagaimanapun, kumpulan hak asasi menyatakan jumlah kematian sebenar sekurangnya tiga kali ganda lebih tinggi. – AFP











