Feri karam: Angka kematian meningkat 18 orang - Utusan Malaysia

Feri karam: Angka kematian meningkat 18 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Angka kematian insiden feri karam dekat kepulauan Madura di perairan Laut Jawa di sini meningkat kepada 18 orang.

Perkembangan tersebut disahkan oleh penguatkuasa tempatan.

Seramai 60 penumpang menaiki feri malang itu ketika kejadian berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebihan muatan serta keadaan laut bergelora didakwa menjadi punca feri itu terbalik sebelum karam.

Kanak-kanak merupakan antara yang maut manakala 39 penumpang lain berjaya diselamatkan.

Operasi menyelamat melibatkan kapal penyelamat, pesawat dan bot ikan diteruskan bagi mencari empat lagi yang masih hilang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini