KUALA LUMPUR – Penembak elit kebangsaan, Muhammad Ezuan Nasir Khan berharap lebih banyak kejohanan sirkit tempatan bakal diadakan, selepas Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di Subang yang ditutup sembilan bulan, kembali dibuka baru-baru ini. Anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu yang lebih mesra dengan panggilan ‘tulang’ dalam kalangan rakan sepasukan, mengakui kekurangan kejohanan sirkit tempatan, menyebabkan skuad negara tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menjalani latihan di Lapang Sasar Menembak…










