Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peningkatan itu mengatasi konsensus pasaran terbitan Bloomberg yang menjangkakan penurunan sebanyak 2.1 peratus. “Kenaikan eksport bagi bulan April ini disumbangkan oleh peningkatan permintaan asing untuk barangan elektrikal dan elektronik buatan tempatan, serta barangan petroleum, barangan kimia dan gas asli cecair (LNG). “Pertumbuhan eksport, yang berlaku semasa perang dagang sedang berlangsung antara dua ekonomi terbesar dunia, menonjolkan daya saing Malaysia yang tinggi di persada dunia,”…










