Dua rumah teres di Jinjang Utara terbakar - Utusan Malaysia

Dua rumah teres di Jinjang Utara terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Dua rumah hampir musnah dalam kebakaran di Jalan Jinjang Murni, Jinjang Utara dekat sini petang tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.59 petang dan sebanyak 16 anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang dan BBP Sentul dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, kita mendapati dua buah kediaman teres satu tingkat berstatus kekal terbakar 80 peratus.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran dapat dikawal pada pukul 5.20 petang dan kerja memadam sepenuhnya sedang dilakukan,” katanya.

Tambahnya, tiada mangsa dilaporkan dan punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini