Dewan Ulama lulus usul ta’awun siyasi - Utusan Malaysia

Dewan Ulama lulus usul ta’awun siyasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Dewan Ulama Pas hari ini meluluskan usul ta’awun siyasi dalam Muktamar Tahunan Ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini.

Usul itu dibentangkan oleh Ketua Penerangan Dewan Ulama, Mohd. Asri Mat Daud dan diterima sebulat suara oleh perwakilan sayap Pas berkenaan.

Beliau berkata, terdapat keperluan mendesak untuk melebarkan pendekatan ta’awun dalam politik semasa sebagai asas membina penyatuan ummah dalam sesebuah masyarakat dan negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, ia juga sebagai memahami keperluan untuk keseragaman dalam fikrah dan amal dalam kalangan ahli di setiap peringkat.

Berikut adalah dua usul berhubung ta’awun siyasi yang dikemukakan Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Ulama Pas:

  • Ta’awun menjadi rujukan dan panduan penting dalam strategi dan pendekatan semasa Pas terutama dalam usaha meluaskan dakwah, menegakkan tuntutan syariah dan menyatu padukan ummah.
  • Diwujudkan satu garis panduan terperinci berkaitan ta’awun bagi dijadikan rujukan seragam untuk dilaksanakan di semua peringkat parti. – UTUSAN ONLINE
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini