KUALA LUMPUR – Program kelestarian yang dijalankan oleh Celcom Axiata Berhad (Celcom) di Tasik Chini, Pahang mendapat pengiktirafan daripada Anugerah Syarikat Bertanggungjawab Asia (AREA) dalam kategori Kepimpinan Hijau hasil usaha syarikat memperkasa komuniti luar bandar dan kelestarian alam semula jadi. Menurut syarikat itu, AREA mengiktiraf dan menyokong organisasi di seluruh Asia, berdasarkan empat kriteria iaitu alam sekitar, amalan yang adil, komuniti dan warga, yang merupakan aspek kritikal dalam matlamat mengangkat…










