Buta mata kanan terkena mercun bola - Utusan Malaysia

Buta mata kanan terkena mercun bola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang kanak-kanak di Tanjung Batu, Nenasi, Pekan di sini terpaksa menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini tanpa mata kanannya kerana disahkan buta akibat terkena serpihan mercun bola yang meletup.

Bapa kanak-kanak itu, Zulrisam Kadri, 43, berkata, anaknya, Muhammad Isyraf Firdaus, 10, menjalani pembedahan mata di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

“Selepas selesai menjalani pembedahan mata, doktor mengesahkan mata kanan anak saya buta akibat terkena serpihan mercun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Doktor belum putuskan berapa lama anak saya akan tinggal di hospital, buat masa sekarang saya akan menemaninya 24 jam di hospital dan uruskan segala keperluan dia,” katanya ketika ditemui di HTAA di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.30 petang semalam itu, Muhammad Isyraf Firdaus bersama beberapa rakannya dikatakan bermain mercun bola di kawasan taman permainan rumahnya sebelum mercun itu meletup dan mencederakannya.

Mangsa dikatakan menyalakan mercun berkenaan yang diletakkan di dalam tin sardin namun ia tidak meletup namun ketika dia kembali memeriksa penutup tin itu berlaku letupan secara mengejut.

Akibat letupan tersebut, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu, Pekan itu mengalami kecederaan di pipi, mata kiri, hidung dan beberapa jari selain buta mata kanan.

Zulrisam memberitahu, dia dan isterinya, Rohana Abdul Majid, 45, reda dengan nasib yang menimpa anak lelakinya itu biarpun segala persiapan Aidilfitri sudah disediakan.

“Apa yang penting anak kami segera pulih dan menerima rawatan sepatutnya, kami tiada masalah jika perlu beraya di hospital,” katanya.

habis///

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini