JOHOR BAHRU – Tempoh reman ke atas dua lelaki yang disyaki terlibat dengan kejadian bunuh seorang wanita yang disumbat ke dalam kotak yang dibalut dengan kanvas plastik dan disimen menggunakan kapur siling sebelum dibuang di tepi jalan 10 Jun lalu disambung tujuh hari lagi. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, tempoh tahanan ke atas kedua-dua lelaki masing-masing berusia 32 dan 35 tahun disambung bagi melengkapkan…










