Buka lorong kecemasan lebuh raya jika perlu - Utusan Malaysia

Buka lorong kecemasan lebuh raya jika perlu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak tidak menolak kemungkinan membenarkan pembukaan lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dekat Slim River sekiranya terdapat keperluan bagi menyuraikan kesesakan aliran trafik secara sementara.

Pengarahnya, Severinus Tukah berkata, perkara itu bagaimanapun masih belum diputuskan dan setakat ini belum ada keperluan untuk berbuat demikian ekoran jumlah kenderaan di lebuh raya adalah terkawal sejak 29 Mei lalu.

“Plus ada mencadangkan dan meminta dengan kita untuk dibuka (lorong kecemasan) di Slim River bagi melepaskan laluan trafik dan kita angkat perkara ini ke kementerian untuk kelulusan. Bagi penyuraian di masa kecemasan, mungkin kita bagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita cuma risau masa balik (orang kembali pulang dari kampung) pada 7 dan 8 Jun. Kalau ada keperluan, mungkin kita akan buka di tempat sama (Slim River) tetapi di sebelah arah selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Kempen Keselamatan Jalan Raya JPJ yang turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu di Plaza Tol Ipoh Selatan di sini hari ini.

Sehingga hari ini, sebanyak 3,591 pelbagai jenis kenderaan telah diperiksa oleh JPJ negeri dalam Ops Hari Raya Aidilfitri 2019 bermula 29 Mei lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,099 notis dan saman telah dikeluarkan melibatkan 884 kes kesalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini