Bot, peralatan dan ikan bernilai RM1.3 juta dirampas - Utusan Malaysia

Bot, peralatan dan ikan bernilai RM1.3 juta dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas tiga buah bot nelayan Vietnam bersama peralatan dan pelbagai jenis ikan termasuk ikan baja yang dianggarkan bernilai RM1. 3 juta Ops Naga di sekitar lokasi 150 kilometer sehingga 181 kilometer dari Kuala Tok Bali, dekat, sini semalam.

Dalam operasi yang bermula pukul 7.30 pagi, agensi itu turut menahan 33 nelayan termasuk tiga kanak-kanak bawah umur berusia 13 hingga 16 tahun.

Pemangku Pengarah Maritim Malaysia Kelantan Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata, operasi khas yang dijalankan krew Kapal Maritim Jujur (KM Jujur) diketuai

Memuatkan artikel berkaitan…

Leftenan Komander Maritim Tan Ah Bik turut berhadapan dengan sikap degil tekong bot itu yang cuba meloloskan diri.

Beliau berkata, bot-bot terbabit turut merempuh kapal Maritim Malaysia walaupun arahan berhenti telah namun tindakan mereka berjaya dipintas dan ditahan sebelum dibawa masuk ke Pangkalan Operasi Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, hari ini.

“Setiap sebuah bot mempunyai seramai enam hingga 16 orang awak-awak dan tekong berusia di antara 19 sehingga 45 tahun termasuk tiga kanak-kanak bawah umur.

“KM Jujur mengambil masa kira-kira 30 minit untuk memintas setiap buah bot nelayan asing itu yang memerlukan ketangkasan anggota untuk menawan setiap bot,” katanya dalam sidang media di Pangkalan Maritim Malaysia Kelantan di Tok Bali, dekat sini, petang ini.

Ismail berkata, semua awak-awak nelayan terbabit ditahan di pangkalan berkenaan untuk siasat lanjut dan Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Tiga kanak-kanak yang ditahan akan menjalani pemeriksaan gigi bagi memastikan umur sebenar sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka mengikut prosedur yang ditetapkan,” katanya.

Tambahnya, hasil soal siasat mendapati terdapat kapal induk yang memunggah hasil tangkapan nelayan asing untuk membawa pulang ikan dan sotong bagi tempoh tiga hingga lima hari sekali. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini