Banyakkan pemain bertaraf dunia - Nani - Utusan Malaysia

Banyakkan pemain bertaraf dunia – Nani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Manchester United perlu lebih banyak menandatangani pemain bertaraf dunia jika mereka mahu bersaing dalam Liga Perdana Inggeris dan Eropah, kata Nani.

Nani merupakan pemain terakhir Manchester United memenangi Liga Perdana pada 2012-13, sebelum keluar daripada skuad Red Devils ekoran prestasi kelab yang terumbang-ambing.

United berdepan musim hambar selepas gagal melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, berada di tangga keenam dan ketinggalan 32 mata di belakang juara Manchester City musim ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ander Herrera dan Antonio Valencia merupakan dua pemain yang sah akan meninggalkan Old Trafford, manakala Paul Pogba, Romelu Lukaku, Alexis Sanchez, David de Gea dan Juan Mata masih kurang pasti.

United dikaitkan dengan kapten Ajax Matthijs de Ligt, pemain sensasi Benfica Joao Felix dan penyerang Real Madrid, Gareth Bale dan pertahanan Paris Saint-Germain (PSG) Thomas Meunier sebagai perancangan Ole Gunnar Solskjaer untuk membina semula pasukan.

“United perlu lebih banyak pemain bertaraf dunia. Mengubah sesuatu dan sikap di atas padang.

“Saya masih ingat ketika bersama (bekas pengurus) Alex Ferguson, banyak perlawanan yang kami gagal berikan terbaik. Kami tidak bermain dengan cantik namun dalam 15 minit, kami bermain dengan jwa dan raga kami untuk menjaringkan gol.

“Kami mengejar dan berjuang untuk mendapatkan bola. Begitu cara kami untuk mendapatkan keputusan. Mereka dahagakan kemenangan dalam setiap perlawanan serta cabaran kerana dengan cara ini sahaja mereka boleh meningkat,” kata Nani yang kini bermain bersama Orlando City dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS).- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini