Azmin tidak perlu bercuti - PM - Utusan Malaysia

Azmin tidak perlu bercuti – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak perlu bercuti meskipun berdepan siasatan dakwaan video seks sejenis.

Perdana Menteri sebaliknya menyifatkan dakwaan ke atas Timbalan Presiden PKR itu bersifat politik dan cubaan untuk memalukan beliau serta memintanya supaya bercuti.

“Kenapa (Mohamed Azmin perlu bercuti)? Pihak berkuasa boleh meneruskan siasatan, tiada halangan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini selalu meminta ahli Barisan Nasional (BN) bercuti bila ada siasatan membabitkan mereka dan keadaan sebaliknya kini berlaku, Dr. Mahathir berkata:

“Sekiranya siasatan membabitkan salah laku jenayah, mereka boleh bercuti, tetapi ini membabitkan perkara politik. Hakikatnya, ada niat untuk memalukan beliau dan memintanya bercuti. Saya tidak suka bukti politik.”

Mengenai sama ada beliau akan campur tangan untuk mengelakkan perpecahan dalam PKR, Dr. Mahathir berkata:”Kita ada polis, mereka yang buat keputusan, bukan saya yang buat keputusan.”

Ditanya sama ada Ketua Polis, Datuk Seri Abdul Hamid Bador ada memberi taklimat berhubung video seks didakwa membabitkan Mohamed Azmin, Dr. Mahathir berkata, tiada taklimat kerana polis sedang menyiasat perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini