JAKARTA – Artis Indonesia, Vanessa Angel dijatuhi hukuman penjara lima bulan, selepas didapati bersalah terlibat dalam kes pelacuran secara dalam talian membabitkan bayaran sehingga 80 juta rupiah (RM24 ribu) untuk sekali layanan. Agensi berita Antara melaporkan, hukuman itu dibacakan Ketua Majelis Hakim Surabaya, Dwi Purwadi pada persidangan di Pengadilan Negeri Surabaya, petang ini. Vanessa, 27, dijadual dibebaskan hujung bulan ini kerana hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditahan…










