Argentina pamer kebangkitan ‘luar biasa’ - Utusan Malaysia

Argentina pamer kebangkitan ‘luar biasa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Ketika pasukan bola sepak lelaki sedang bergelut di Copa America, pasukan wanita Argentina mempamerkan kebangkitan terhebat dalam sejarah Piala Dunia untuk menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan 16 terbaik.

Scotland yang berada diambang kemenangan ketika perlawanan berbaki 16 minit dengan mendahului 3-0 terpaksa mengakhiri permainan dengan keputusan 3-3 sekali gus menyaksikan mereka tersingkir daripada perebutan Piala Dunia selepas menghuni tangga tercorot Kumpulan D.

Jaringan Kim Little, Jennifer Beattie dan Erin Cuthbert buat Scotland dipadamkan dengan tiga gol pasukan Argentina menerusi Milagros Menendez sebelum penjaga gol Scotland, Lee Alexander, melakukan jaringan sendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Florencia Bonsegundo memastikan pasukan Argentina tidak kempunan untuk menghidupkan peluang melangkah ke pusingan seterusnya dengan menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan untuk gol penyamaan.

Tiada lagi pasukan yang pernah bangkit daripada ketinggalan tiga jaringan untuk mengelak kekalahan dalam sejarah saingan Piala Dunia Wanita.

Kemaraan Argentina ke pusingan seterusnya, bergantung kepada keputusan saingan Kumpulan E dan F. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini