Anggota bomba maut selepas tangkap ular - Utusan Malaysia

Anggota bomba maut selepas tangkap ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIBU – Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Sentral meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung selepas menyertai operasi menangkap ular sawa di Taman Permai, di sini, awal pagi tadi.

Pemangku Ketua Zon Empat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, Mohd. Sapee Julaihi, 55, mengadu sakit dada dan sesak nafas semasa dalam perjalanan balik ke balai selepas berjaya menangkap ular sawa tersebut pada operasi pukul 4 pagi itu.

“Beliau telah dikejarkan ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan pada pukul 7.57 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Wan Kamarudin, jenazah Allahyarham Mohd. Sapee kemudian dibawa ke rumah wakaf Masjid An-Nur Sibu untuk diuruskan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sibu di Jalan Tun Abang Haji Openg, dekat sini.

Tambahnya, Allahyarham yang merupakan seorang duda meninggalkan empat anak lelaki berusia lapan hingga 19 tahun. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini