Aksi pertarungan Beyblade di Stadium Kajang, pada 29 Jun - Utusan Malaysia

Aksi pertarungan Beyblade di Stadium Kajang, pada 29 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertarungan hebat antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dalam permainan gasing moden ‘Beyblade’ Burst Challenge boleh disaksikan beramai-ramai di Stadium Kajang, Selangor pada 29 dan 30 Jun ini.

PERTARUNGAN hebat antara kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah dalam permainan gasing moden Beyblade Burst Challenge boleh disaksikan beramai-ramai di Stadium Kajang, Selangor pada 29 dan 30 Jun ini. – UTUSAN ONLINE

Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) memaklumkan, pihaknya sekali lagi menganjurkan acara itu bersempena Jelajah 360 Smart Selangor @ Smart Mobile Library (SML).

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambahnya, pertandingan yang akan bermula dari pukul 11 pagi hingga 3 petang itu akan diadakan secara kalah mati dan keputusan juri adalah muktamad.

“Penyertaan terhad kepada 50 peserta sahaja dan masing-masing perlu membawa Beyblade sendiri. Pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta pada pertandingan 28 Mei lalu.

“Peserta diingatkan untuk tidak menggunakan ‘launcher’ bertali dan tidak dibenarkan menukar Beyblade semasa pertandingan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, pemenang akan diumumkan pada sebelah petang selepas berakhirnya Sesi 1 pada hari pertama dan Sesi 2 pada hari kedua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini