AirAsia diiktiraf oleh Skytrax - Utusan Malaysia

AirAsia diiktiraf oleh Skytrax

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Buat kali ke-11 berturut-turut, AirAsia Bhd. dinobat sekali lagi sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia pada anugerah berprestij Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2019 yang diumumkan sempena Pameran Udara Paris ke-53, hari ini.

AirAsia juga dinamakan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia dan memenangi anugerah Kabin Premium Syarikat Tambang Rendah Terbaik Dunia bagi tempat duduk Premium Flatbed, yang terdapat dalam pesawat berbadan lebar jarak jauh AirAsia X.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Kamarudin Meranun menganggap ia satu penghormatan untuk diiktiraf oleh Skytrax untuk tahun ke-11 berturut-turut dalam komitmen kumpulan menawarkan perjalanan dengan tambang rendah dan perkhidmatan yang mengutamakan tetamu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“AirAsia sentiasa menjadi perintis dalam industri ini, sebagai pelopor perjalanan tambang rendah di Asia Pasifik. Hari ini, AirAsia mengendalikan rang­kaian lebih daripada 140 destinasi dari 25 hab di 22 pasaran.

“Kami telah menerima pelbagai anugerah untuk inovasi, perkhidmatan pelanggan, ke­selamatan operasi dan kecemerlangan pekerja dan tempat kerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini