Aeroangkasa: Jana RM835 juta - Utusan Malaysia

Aeroangkasa: Jana RM835 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerjasama dalam industri pembuatan komponen aeroangkasa antara Malaysia, Mexico dan Maghribi dicadangkan kerajaan bagi meningkatkan lagi industri aeroangkasa di ketiga-tiga buah negara tersebut.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, kerjasama itu dicadangkan diterajui SMECorp Malaysia melalui pemadanan perniagaan.

Katanya, potensi kerjasama antara ketiga-tiga negara tersebut dapat menjana sehingga AS$200 juta (RM835 juta) setahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk makluman, pasaran yang tersedia di Amerika Utara bagi industri pembuatan komponen Aeroangkasa adalah kira-kira AS$680 juta (RM2.83 bilion),” katanya dalam status akaun Facebook miliknya hari ini.

Cadangan tersebut timbul selepas sesi pertemuan antara Mohd. Redzuan bersama wakil syarikat Aichi-Nagoya Aerospace Consortium dan juga Persekutuan Industri-Industri Aeroangkasa Mexico (Femia).

Pertemuan itu diadakan sempena International Paris Air Show 2019 di Le Bourget, Perancis.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Femia, Luis G. Lizcano dan Pengarah Supply Chain Mexico, Xavier Hurtado.

Dalam pertemuan yang dijalankan, Mohd. Redzuan berkata, pelbagai perkara dibincangkan antaranya latihan dalam bidang aeroangkasa, kerjasama bersama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia serta peluang lain. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini