BEIRUT – Sekurang-kurangnya 45 terbunuh dalam pertempuran antara tentera pro-kerajaan dengan kumpulan pemberontak di Barat Syria, di sini.
Ketegangan berlaku di daerah Hama selepas kumpulan Hayat Tahrir al- Sham melancarkan serangan sekitar waktu Subuh.
Ketua pemantau, Rami Abdul Rahman mendedahkan 14 tentera kerajaan terkorban dalam pertempuran itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tentera rejim melancarkan serangan balas,” katanya.
Hama terletak berdekatan wilayah-wilayah dikuasai kumpulan pemberontak termasuk Idlib.- AFP











