KUALA LUMPUR 31 Mei – Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd., (MAHB) merosot sebanyak 66.35 peratus tahun ke tahun kepada RM149.58 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2019 daripada RM444.60 juta yang dicatatkan tahun sebelumnya disebabkan perbelanjaan yang lebih tinggi dalam utiliti dan penyelenggaraan. Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, perolehannya meningkat tiga peratus tahun ke tahun kepada RM1.25 bilion berbanding RM1.22 bilion dipacu oleh pertumbuhan penumpang…










