CARACAS 5 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh pegawai tentera Venezuela maut semalam apabila helikopter mereka terhempas di pinggir bandar ini.
Kementerian Pertahanan Venezuela dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa helikopter berkenaan berlepas dari Caracas pada waktu pagi menuju ke San Carlon sebelum terhempas di kawasan pergunungan El Hatillo.
Susulan kejadian itu, Presiden negara ini, Nicolas Maduro melahirkan rasa sedih dan ucapan takziah dalam Twitternya. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











