KUALA LUMPUR 22 Mei – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan takziah atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah, hari ini.
“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam laman Facebook miliknya hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











