TPM rafak sembah takziah kepada kerabat Diraja Pahang - Utusan Malaysia

TPM rafak sembah takziah kepada kerabat Diraja Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah hari ini.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN),” katanya dalam catatan Twitter miliknya hari ini.

Baginda mangkat pada 8.50 pagi ini dan berita itu diumumkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Memuatkan artikel berkaitan…

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak dijadual mengadakan sidang akhbar berkaitan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah pada tengah hari ini di Wisma Sri Pahang. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini