TNB Perak pastikan bekalan elektrik terjamin pada Aidilfitri - Utusan Malaysia

TNB Perak pastikan bekalan elektrik terjamin pada Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 15 Mei – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak akan memastikan bekalan elektrik di negeri ini terjamin ekoran peningkatan kadar penggunaan menjelang dan ketika Hari Raya Aidilfitri.

Pengurus Besarnya, Datuk Raja Abd. Jalil Raja Zaid berkata, pasukan tunggu sedia di setiap 16 cawangan TNB di negeri ini merangkumi jurutera dan juruteknik untuk sistem voltan tinggi dan voltan rendah akan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, bagi memastikan orang ramai dapat menikmati bekalan elektrik berterusan, pihaknya juga telah melakukan persediaan lebih awal termasuk daripada aspek teknikal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti mana lazimnya, setiap tahun kita akan memastikan bekalan elektrik terjamin sama ada sebelum, ketika mahupun selepas hari raya di mana kita mempunyai pasukan tunggu sedia yang akan berada di setiap kawasan di negeri ini.

“Kita juga sebenarnya telah mengenal pasti bahawa penggunaan elektrik ini akan naik mendadak di kampung-kampung atau taman-taman pada sebarang jenis musim perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama petugas media yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infra­struktur, Pertanian dan Perladangan negeri,

Abdul Yunus Jamhari.

Pada majlis tersebut, Raja Abd. Jalil turut memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Persatuan Pengamal Media Perak (PPMP) bagi merancang aktiviti untuk media. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini