KEPALA BATAS 31 Mei – Sebanyak tiga kawasan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini dikenalpasti sebagai lokasi panas iaitu kawasan yang sering berlaku kemalangan maut. Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, tiga kawasan berkenaan ialah sepanjang laluan Jalan Chain Ferry ke Jambatan Merdeka, Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan Lebuhraya Utara Selatan (Kilometer (KM) 115- KM130.9). “Pihak polis akan mempertingkatkan tugasan rondaan anggota di semua…










