KUALA PILAH 31 Mei – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenaan menerima zakat perniagaan Lembaga Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan berakhir 2018 berjumlah RM3.407 juta, di sini semalam. Zakat tersebut disampaikan oleh oleh Ketua Audit Dalaman TH, Wahid Ali Mohd. Khalil di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti. Menurut Wahid Ali, bayaran zakat bagi Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan sebanyak 27.8 peratus berbanding RM2.666 juta pada…










