TFC II tewas di Paroi - Utusan Malaysia

TFC II tewas di Paroi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 12 Mei – Negeri Sembilan menebus kembali kekalahan di tangan Terengganu FC II (TFC II) pada pusingan pertama Liga Perdana musim ini dengan kemenangan tipis ke atas pasukan itu, 1-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Diturunkan kali pertama, penyerang import baharu Negeri Sembilan, Igor Carneiro Luiz dari Brazil tampil garang dengan menjaringkan gol tunggal pasukan itu pada minit ke-30.

Pemain berusia 29 tahun itu menyambar peluang di depan pintu gol lawan ketika bola rembatan kencang rakan sepasukannya, Jose Almir Barros Neto melantun ke arahnya selepas ditepis penjaga gol TFC II, Mohd. Shamirza Yusoff.

Memuatkan artikel berkaitan…

Negeri Sembilan yang menduduki tangga ketujuh liga dengan 13 mata mengasak kubu lawan sejak perlawanan dimulakan pada pukul 10 malam sempena bulan Ramadan kali ini.

Separuh masa kedua, anak buah Mohd. Zan Mat Aris menggandakan asakan ke kubu TFC II namun gagal menyudahkan peluang.

Sementara rangkaian penyerang TFC II, Akanni Sunday Wasiu dan Bruno Junichi Suzuki tidak berupaya mencipta peluang diharapkan.

Kedudukan itu kekal hingga ke akhir perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini