TFC I tidak terdesak cari pengganti Irfan Bakti - Utusan Malaysia

TFC I tidak terdesak cari pengganti Irfan Bakti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak akan tergesa-gesa untuk mencari penganti pengemudi Terengganu Football Club I (TFC I) yang telah dikosongkan secara mengejut oleh jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim sejak Rabu lalu.

Setiausaha Agung PBSNT, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil berkata, pengendali sementara, Mohamad Nafuzi Zain berkemungkinan besar akan diberi kepercayaan untuk mengendalikan pasukan dari Pantai Timur itu untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) sehingga akhir musim.

“Kita tidak akan tergesa-gesa untuk mencari calon ketua jurulatih baharu TFC I. Biarlah situasi (dalam kem skuad Penyu) kembali tenang dahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaliknya pengendali sementara, Mohamad Nafuzi akan diberi peluang untuk membuktikan kemampuan untuk mengemudi TFC I, kemungkinan besar sehingga akhir musim,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Tengku Farok berkata, Mohamad Nafuzi bukan asing buat skuad Penyu kerana selain merupakan sebahagian daripada pasukan negeri yang menjuarai Piala FA pada tahun 2001, beliau juga telah membarisi skuad kejurulatihan TFC I sejak tiga tahun lalu.

Kosmo! semalam melaporkan sentuhan Irfan Bakti terhadap TFC I berakhir selepas beliau meletakkan jawatan secara serta-merta berkuat kuasa Rabu lalu sebagai mengambil tanggungjawab terhadap kemerosotan prestasi skuad Penyu pada saingan Liga Super dan Piala FA. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini