KUALA LUMPUR 23 Mei- Sepasang suami isteri yang terperangkap dalam runtuhan bangunan Terminal Bersepadu Gombak ditemukan maut sebentar tadi.
Kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai Alias dan Ina itu dipercayai ditemukan pada pukul 1.10 petang dalam keadaan berpelukan kira-kira 50 meter dari lokasi penemuan tiga mangsa yang selamat pagi tadi.
Difahamkan Alias berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan dari lokasi kejadian pada pukul 2.07 petang manakala Ina, 40-an, dibawa keluar lima minit kemudian.
Kedua-dua mayat kini dibawa ke Hospital Selayang untuk proses bedah siasat.- UTUSAN ONLINE










