KUALA LUMPUR 27 Mei – Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk membenarkan jaguh karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih negara, Andre Vasiljevs. Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata perkara itu disepakati selepas perbincangan dengan Syakilla dan juga Vasiljevs, pada Ahad. “Saya sudah buat perbincangan dengan kedua-duanya semalam, yang keputusan yang dibuat dipersetujui bersama. Setuju untuk Andre kendali program Syakilla dengan beberapa prinsip iaitu…










