Sesuaikan diri dengan teknologi baharu - Mahathir - Utusan Malaysia

Sesuaikan diri dengan teknologi baharu – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa rakyat  menyesuaikan diri dengan teknologi baharu agar mereka tidak ketinggalan dalam dunia baharu.

Berucap di majlis iftar Persatuan Murid-murid Tua Kolej Sultan Abdul Hamid (SAHOCA) di sini hari ini, beliau berkata, dunia kini menempuh zaman baharu di mana pembelajaran di sekolah dilakukan mengikut cara berlainan, bukan seperti ketika beliau di sekolah dulu.

“Hari ini kita menggunakan komputer dan benda-benda seperti itu bagi mengajar di sekolah dan saya harap mereka dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu pembelajaran ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya percaya bila sesuatu sistem baharu dipakai oleh kerajaan, ini akan memudahkan kanak-kanak yang belajar hari ini,” kata beliau. 

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali. – bERNAMA
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini