LONDON 22 Mei – Caster Semenya akan bersaing dalam acara 3,000 meter dalam kejohanan olahraga Liga Berlian Prefontaine Klasik pada 30 Jun ini, jarak yang membolehkan dia bersaing tanpa menurunkan tahap testosterone.
Di bawah undang-undang baharu IAAF, pemenang dua kali Sukan Olimpik bagi acara 800m itu hanya dibenarkan menyertai acara 400m hingga 1000m dengan mengambil ubatan bagi menurunkan tahap testosterone dalam badannya.
Samenya berkata, dia tidak akan mengambil ubatan berkenaan hanya kerana mahu mematuhi peraturan ditetapkan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Wanita yang mempunyai tahap hormon lebih tinggi daripada lelaki digelar sebagai testosterone atlet dan harus menurunkan tahap berkenaan bagi membolehkan mereka bersaing dalam acara bawah 1,000m. – AGENSI











