Seludup dadah bersama PATI - Utusan Malaysia

Seludup dadah bersama PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Taktik penyeludupan dadah bersama pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak awal bulan ini berjaya dibongkar menerusi penahanan sebuah bot gentian kaca pada jarak lebih kurang 0.3 batu nautika dari Pulau Ketam, tengah malam tadi. 

Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, merampas dadah jenis syabu bernilai RM100,000.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, kejayaan itu hasil pengesanan pihaknya terhadap sebuah bot gentian kaca berwarna biru sedang menuju ke Pulau Angsa Jeram dari Pulau Ketam menerusi Ops Pagar Laut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, sewaktu dikesan didapati bot tersebut baharu 15 minit memulakan perjalanan mereka.

“Sebaik menyedari kehadiran kami didapati tekong bot telah memecut laju ke arah tebing hutan paya bakau Sungai Lima sebelum melarikan diri dengan terjun ke dalam kawasan tersebut. 

“Pemeriksaan lanjut menahan tiga perempuan warga Indonesia kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dipercayai menuju Pulau Angsa sebagai transit ke Tanjung Balai Asahan, Indonesia,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut beliau, pihaknya turut menemui sebuah beg hitam mengandungi lima bungkusan plastik berwarna coklat disyaki syabu dengan berat keseluruhan 1.5 kilogram dianggarkan RM100, 000.

Tambah Mohammad Rosli, siasatan awal mendapati taktik ini merupakan modus operandi baharu terutama pada awal Ramadan selain dadah itu disyaki dibawa tekong bot itu yang merupakan warga Indonesia. 

“Dadah itu cuba diseludup ke Indonesia kerana dipercayai mempunyai harga pasaran lebih tinggi dari Malaysia. 

“Kita turut menahan lapan lagi PATI warga Indonesia termasuk tekong dan dua wanita daripada sebuah bot gentian kaca lain kira-kira 20 minit kemudian di kawasan berhampiran yang menuju ke lokasi transit yang sama,” katanya. 

Jelas beliau, hasil siasatan awal terhadap kesemua suspek berusia 24 hingga 60 tahun itu mendapati mereka bergerak dari Pelabuhan Klang ke Pulau Ketam dengan menaiki feri sebelum menaiki bot tersebut. 

“Bayaran bagi seorang PATI dikenakan sebanyak RM1, 400 dengan jarak keseluruhan perjalanan ke Tanjung Balai Asahan, Indonesia mengambil masa selama 3 jam. 

“Selain itu, tekong yang ditangkap mengakui telah berada di negara ini sejak lima tahun lalu secara haram,”katanya.

Mohammad Rosli menegaskan kesemua PATI kini ditahan reman selama lima hari dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 serta Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini